Pages

MADU KELULUT  - Anti bacteria dan anti microbial yang dapat mematikan bakteria jerawat serta melembapkan kulit kerana khasiat madu aka...

Bahan Organik Mas Kayla




MADU KELULUT - Anti bacteria dan anti microbial yang dapat mematikan bakteria jerawat serta melembapkan kulit kerana khasiat madu akan diserap ke dalam kulit.

ROTI LEBAH - Merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses percernaan dan fermentasi. Roti Lebah sangar baik untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang sihat, memperbaiki sel-sel rosak, menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta melambatkan kesan penuaan. Berkesan menghaluskan dan mencerahkan kulit serta merawat jerawat.

PROPOLIS - Khasiat propolis mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral yang baik untuk menjaga kecantikan kulit muka.

ENZIM BUAH BETIK - Enzimnya yang dinamakan papain dan bromelain dapat melarutkan protein. Apabila disapu pada kulit, enzim-enzim ini bekerja untuk melarutkan dan mengangkat kulit kering dan bersisik yang bertimbun di permukaan kulit kita. Secara semulajadi, enzim betik tidak mengakibatkan iritasi kulit seperti mengelupas atau kekeringan, jadi ia amat sesuai walaupun pada kulit yang sensitif. Enzim betik sangat mujarab untuk menambah keanjalan kulit, mrawat Jeragat serta memberi kelembapan secara semula jadi dan akan menampakkan kesan kulit wajah yang lebih sihat, cerah serta lembut.

PATI UBI SENGKUANG - Nama saintifik (Pachyrhizus erosus) adalah tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika Tropika. Di tempat asalnya, tumbuhan ini dikenali sebagai xicama atau jícama. Kandungan Vitamin C banyak terdapat dalam ubi sengkuang, dengan kandungan vitamin C yang banyak ini maka ianya dapat membantu kulit yang bermasalah. Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan tompok-tompok hitam (blackhead), sengkuang juga dapat menegangkan kulit kita untuk tampak seperti remaja. Sengkuang juga diyakini dapat mengatasi beberapa penyakit kulit seperti Ekzema.

SERBUK MUTIARA ASLI - Digunakan secara dalaman dan luaran di China untuk beribu-ribu tahun. Fungsi utama adalah melembut dan mencerahkan kulit dan mempercepatkan pertumbuhan kulit baru, secara tak langsung akan meningkatkan keanjalan kulit. Juga dapat mengurangkan masalah jeragat, Patches gelap & meratakan rona kulit sekaligus megecilkan pori-pori kulit.

ALOE VERA GEL - Kaya dengan vitamin A, C dan E serta asid folik, choline, B1, B2, B3, B6 dan B12 di samping mineral seperti kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi. Mampu merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

 
Mas Kayla | Copyright © 2016 Mas Kayla