Pages

MASALAH: Setelah mengguna pelbagai produk kecantikan, saya dapati kulit wajah saya semakin menipis akibat pengelupasan. Dan masalah ini...

Kulit Nipis & Tone Kulit Tidak Sekata

MASALAH:
Setelah mengguna pelbagai produk kecantikan, saya dapati kulit wajah saya semakin menipis akibat pengelupasan. Dan masalah ini menjadi semakin teruk apabila saya berada dibawah pancaran matahari kerana wajah saya akan menjadi merah dan kadangkala bertukar menjadi gelap. Disamping itu juga saya mengalami tona kulit yang tidak sekata disamping parut berlekuk akibat jerawat. Dan untuk makluman, kulit saya sensitive dan adakalanya berminyak.


JAWAPAN:
Sememangnya sebagai pengguna, kita harus bijak di dalam memilih produk kecantikan kulit di mana produk digunakan bukan sahaja memberi kesan yang kita inginkan, malah yang lebih penting lagi produk tersebut mestilah selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia merbahaya dan yang meragukan.

Daripada apa yang saudari alami sekarang, berkemungkinan besar produk yang saudari pernah dan sedang gunakan sekarang mengandungi bahan pemutih seperti merkuri, citric asid (ekstrak buah-buahan citrus) dan sebagainya. Bahan-bahan kimia pemutih dan pengelupasan ini memang memberikan kesan ‘kulit kelihatan putih’ dalam tempoh yang singkat. Tetapi, akibatnya, kulit muka akan menjadi nipis, dan kerana itulah apabila terkena pancaran matahari dan air, kulit merasa perit, pedih atau merah. Pun begitu, ada juga individu yang tidak merasa pedih apabila memakai produk pemutih dan pengelupasan. Ini kerana produk berkenaan turut mengandungi bahan steroid, di mana dengan adanya steroid ini, individu berkenaan tidak akan merasa pedih, tetapi kulit tetap akan menjadi nipis. Sebagai panduan saudari, lihatlah kandungan yang terdapat pada produk yang pernah dan sedang saudari gunakan sekarang dan bandingkannya dengan handout yang dilampirkan yang bertajuk ‘Bahan Merbahaya Dalam Produk’, pasti ada persamaan. Justeru, wajarlah saudari berhenti serta-merta produk berkenaan, kerana jika diteruskan kulit bukan sahaja akan bertambah nipis sehingga boleh nampak salur darah malah dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan kanser kulit!.

Buat pengetahuan saudari, banyak faktor berlakunya masalah jerawat. Salah satunya ialah kerana ketidakseimbangan hormon estrogen dan androgen. Begitu juga penggunaan produk kecantikan yang mengandungi minyak kelapa sawit, minyak kelapa (cocoa butter), minyak bijan, minyak zaitun dan minyak vitamin E atau pencuci muka berbuih yang mengandungi bahan pencuci kimia seperti ‘Sodium Lauryl Sulfate’, ‘Ammonium Lauryl Sulfate’ dan Disodium Lauryl Sulfosuccinate’. Bahan-bahan ini menyebabkan radang kulit dan menambahkan lagi jerawat.

Perlu di ingatkan, jangan sesekali memicit jerawat kerana akan menyebabkan nanah merebak dan terjadi lebih banyak jerawat serta meninggalkan kesan parut gelap dan berlekuk. Begitu juga jika seseorang itu melakukan rawatan seperti mengcungkil atau memicit jerawat dan rawatan mewapkan muka (face steaming) menggalakkan pembiakan kuman yang menyebabkan jerawat serta pori-pori terbuka.
 
Mas Kayla | Copyright © 2016 Mas Kayla